KONVENSYEN PKR NEGERI TERENGGANU
JUMAAT, 20 NOVEMBER 2009
GELANGGANG DEWAN BADMINTON SEBERANG MARANG
JALAN RHU MUDA 3, SEBERANG MARANG
TERENGGANU


2.00 – 2.45 PTG – PENDAFTARAN
2.45 – 2.50 PTG - DOA
2.50 – 3.00 PTG - NYANYIAN LAGU2 PKR
3.00 – 3.10 PTG – ALUAN DARI PENGERUSI MPN TERENGGANU
3.10 – 3.40 PTG – PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 1
- DATO’ SALEHUDDIN HASHIM
– SU AGONG PKR
3.40 – 4.10 PTG – PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 2
- YB SAIFUDDIN NASUTION
- PENGARAH PILIHANRAYA PKR
4.10 – 4.30 PTG – SOAL JAWAB
4.30 – 5.00 PTG – REHAT DAN SOLAT ASAR
5.00 – 6.30 PTG – SESI KHAS DENGAN ANWAR IBRAHIM

8.00 – 9.00 MLM – PERJUMPAAN TERTUTUP MPN BERSAMA DSAI
- PEJABAT PKR CABANG KUALA NERUS

9.00 – 12.00 MLM – CERAMAH PERDANA
LOKASI – PADANG AIR, KUALA NERUS
PENCERAMAH :
1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
2) YB DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
3) YB SAIFUDIN NASUTION ISMAIL
4) YB HAJI ABD WAHID ENDUT
5) DATO’ SALEHUDIN HASHIM

Unit Aman Kolam ialah singkatan kepada Unit Amar Maaruf Nahi Mungkar yang ditubuhkan oleh Pemuda Pas Kolam, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu.

Mereka adalah terdiri daripada golongan remaja dan belia yang bencikan kemungkaran dan cintakan kesejahteraan menurut Islam.

Ia ditubuhkan kerana kegagalan JKKK untuk berfungsi sepenuhnya untuk semua penduduk. Unit ini juga dianggotai oleh Blogger Pro Ustaz Azhar "Permulaan Baru" dan "Lelaki Misteri Berjubah Putih" yang mengunjungi kediaman ahmad Said setiap jam 10.00 malam. Blogger Pro Erdogan terlalu sibuk dengan exam kebelakangan ini

Selain daripada itu ia ditubuhkan kerana kegagalan program Kawan Bantu Kawan Belia Negara dan kerana keinsafan serta kesedaran memuncak pemuda terhadap gejala sosial yang kronik dan kian meruncing tempias daripada pemerintahan bervirus kerajaan Barisan Nasional yang disebarkan oleh media massa yang dimonopoli sepenuhnya mereka..

Unit yang dicetus penubuhannya oleh Pengerusi PIBG Sekolah Keb. Pusat Kuala Ibai, Tuan Guru Haji Abas@Ali Bin Khatib Muhammad (Guru mengaji Saya masa kecil dulu) yang begitu lantang menyuarakan kebimbangan terhadap permasalahan sosial glokal. Ia dipantau sepenuhnya oleh Pengerusi Peti Undi DUN Batu Burok merangkap Imam Masjid Koalm, Ustaz Haji Ibrahim@Muda bin Khatib Muhammad yang juga lebih dikenali dengan nama Ustaz Haji Da.


Kesungguhan membikin apa yang dicakap, Aman Kolam telah berjaya menyelesaikan banyak masalah kecurian dan pasangan khalwat secara senya dan terbuka. Walau pun ada sesetengah manusia yang memandang sinis terhadap aktiviti Aman Kolam yang mereka gelarkan sebagai “Polis Kampung” unit terus mendapat pengiktirafan dan sokongan yang padu daripada ADUN N16 YBM Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Unit Aman Kolam terus beroperasi tanpa rasa penat, tanpa ada helah setiap malam walaupun tidak disuap dengan Dana sebagaimana yang berlaku kepada ahli Umno. Mereka tidak mendapat sebarang bantuan kewangan daripada mana-mana pihak termasuk JKKK setempat.

Kejayaan Aman Kolam memberkas lebih daripada 8 pasangan yang berkhalwat dan beberapa kes kecurian yang melibatkan remaja telah mendapat pujian penduduk setempat dan menjadi buah mulut ramai.

Sekali gus ia telah menempelak dan membelasah teruk fungsi JKKK yang sepatutnya melakukan tugasan itu. Sayang JKKK terus gagal dan bukan sekadar mengecewakan Dato’ Ahmad Said malah keseluruhan komuniti setempat. Amat malang nasib JKKK kerana gagal berfungsi akibat tiada dana khas yang nak disuapkan kerajaan ke dalam perut mereka.

Kejayaan demi kejayaan Aman Kolam diraih, kemungkaran demi kemunkaran dapat dicegah, imej JKKK terus robek teruk dibelasah pemuda sehingga terduduk. Dalam tidak berbuat apa-apa untuk komuniti, JKKK mendapat dan sedang dalam pembinaan sebuah pusat komuniti untuk ahli Umno setempat. Itu, mesti ada makan jugak tu.(Pendatang siam pun dia boleh lindungi).

Ada kalangan penduduk setempat yang bermurah hati secara ikhlas menyumbangkan gula, the dan sedikit dana walau pun tidak sebesar bajet pembinaan stadium Terengganu yang runtuh itu.

Selain daripada Aktiviti keselamatan, Team Aman Kolam juga aktif menganjurkan pelbagai aktiviti untuk membawa kesedaran kepada warga setempat seperti ceramah umum dan sukaneka. YB Saifuddin Nassution, Ustaz Azhar, Pesuruhjaya Pas, YB Dr Syed Azman dan ramai lagi pernah terlibat dengan aktiviti anjuran mereka.

Tahniah diucapkan kepada Pemuda Kolam kerana terus beroperasi setiap malam, tanpa ada penat dan bukan kerana nama, wang ringgit atau kedudukan cuma mahu mencegah mereka yang bersekedudukan dan merampas hak orang lain. Sebaliknya mereka melakukannya kerana ia adalah printah yang disyariatkan.

Tidakkah ini contoh terbaik yang perlu Pemuda gagah Perkasa Bagan Pinang mengambil iktibar? Kenapa tidak dijadikan keruntuhan pelbagai bangunan di Terengganu akibat kealpaan kerajaan BN sebagai sempadan? Kenapa tidak dijadikan aktiviti pemuda yang bertungkus lumus untuk menjamin keselesaan hidup berkomunti sebagai renungan sebelum mereka keluar membuang undi nanti. Fikir-fikirkan lah..

Credit To Sinarhairan : http://sinarhairan.blogspot.com/

TARIKH : 10 SEPTEMBER 2009 BERSAMAAN 20 RAMADHAN 1430 HIJRAH

TEMPAT : SURAU NURULSYIFA' , KG DUSUN KUALA IBAI, BERSEBELAHAN MARKAZ TARBIYAH PAS KAWASAN KUALA TERENGGANU

MASA : 5.30 PETANG

TAZKIRAH AKAN DISAMPAIKAN OLEH AL-FADHIL USTAZ AZHAR IDRUS...
DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Orang komen pasal Kartika, you pun nak tumpang semangkuk. Masa you jadi PM bolehlah you pecat sesiapa yang you tak suka. You boleh humban sesiapa saja ke penjara kerana you tak suka.

You sekarang Cuma bekas PM, remember?

The word is bekas PM. Only Bekas. Badawi pun Bekas PM macam you jugak, tapi X banyak mulut macam you ni? Kalau zaman you, you bolehlah redah dan putuskan ikut suka you saja keputusan hakim.

Tapi sekarang ni, you bukan saja pertikai keputusan hakim, you jugak pertikai soal kredibiliti hakim tu pulak.

You ingat you ni sape? Cuma Bekas remember? Please remember that.

Tindakan you ni bukan sahaja menghina mahkamah serta hakim-hakimnya, you sebenarnya menghinna seluruh perundangan Negara, you tau tak? Sendiri mau ingatlah you tu Cuma bekas saja. Remember? Let me remind you again on this.

You boleh guna ayat Quran pulak nak kuatkan hujah you. Quran yang pernah you tukar dulu, you remember?

Remember di Sekolah Tun Telanai Kuala Berang, Terengganu di Konvensyen Bersama Rakyat Barisan Nasional. You remember ke you kata,

“Iman orang Umno ini, jauh lebih kuat daripada orang Pas. Sebab itu dalam Quran disebut…. kita baca ayat-ayat Quran yang bermula dengan Ya…Ayyuhallazina’aa Manu” .

You berani pulak terjemah, “Wahai orang-orang yang beriman, Orang-orang yang beriman berada di dalam Umno, Sebab itu disebut dalam Quran” ulangi surah… Tak ada sebut Ya… Ayyuhallazina’aa..Naa Pas”.

You might forget semua tu tapi we all still remember them very clear one, you know Mahathir?

Dipetik daripada Sinarhairan.blogspot.com

Sudah lama tak berlaku kejadian seorang jurufoto menipu dengan mengaku hasil kepunyaan orang lain sebagai haknya.
Kali ini terjadi lagi dimana seorang jurufoto/bloger telah mencuri foto2 kepunyaan grand sifu kita yaitu dome.

Gambar2 yang dicuri itu telah dibuang watermak asal kemudian diletakkan watermak blognya.

Siap letak jenis kamera dan lense..hebat betul penipuan mamat sekor ni..

Yg komen kat blog pembohong tu pulak siap puji macam2..
Macam ini punya orang pun ada dlm dunia ni..

ni dia link galeri si penipu besar ni..

http://skatypegalery.blogspot.com/

tolong sebarkan maklumat ini agar orang ramai tidak tertipu dengan mamat ni..
sapa2 yg rajin boleh pergi komen kat blog dia..
tanya dia gambar2 ni curi ke atau ambik sendiri..




































Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak menjalankan urusan hariannya dengan menggantung setiausaha kerajaan negeri Datuk Abdul Rahman Hashim dan penasihat perundangannya Datuk Ahmad Kamal Shahid.

Keputusan menggantung dua pegawai kanan ini - dilihat dekat kerajaan BN sejak rampasan kuasa awal Februari lalu - dalam mesyuarat tergempar exco malam tadi.

Menteri besar gabungan pembangkang itu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diisytiharkan masih sah memegang jawatan tersebut oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Penggantungan itu "bukan balas dendam", katanya selepas tengah malam tadi di rumah sewanya di Sungai Rokam, dekat Ipoh.

Sumber : Malaysiakini.com


Pemimpin berpengalaman Umno menyokong tindakan menteri besar Pakatan Rakyat di Perak mengusulkan kepada istana agar membubarkan DUN bagi mengatasi kemelut politik sejak Februari.

Mengulas keputusan mahkamah memberi semula jawatan menteri besar kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembubaran "satu-satunya cara" keluar daripada krisis tersebut.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata bekas naib presiden Umno itu di blognya. Di awal krisis ini, Tengku Razaleigh telah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan.

Beliau juga telah mencadangkan pilihanraya negeri diadakan atau rakyat akan semakin meluat pada Umno.

Dalam tulisan terbarunya, bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 berkata kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir lebih kurang tiga bulan "selama ini haram dan semua keputusan serta kontrak yang dibuat olehnya tanpa asas perundangan."

Tambahnya, persidangan DUN Perak minggu lepas yang membawa usul Zambry menggantikan Speaker, V Sivakumar dengan R Ganesan, pemimpin kanan MIC negeri dan bekas ADUN Sungai, juga tidak sah.

"Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan.

"Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan (susulan itu) ia mencemarkan Umno dan BN," katanya.

"Isu sebenarnya adalah perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan sistem beraja dilindungi selagi mendukung keunggulan perlembagaan dan hasrat rakyat."

Sumber : Malaysiakini.com

PAS kekal dengan pendiriannya melarang ahlinya bertanding menentang PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti demi menjaga semangat setiakawan.

"Kita tidak akan izinkan orang kita bertanding atas tiket bebas melawan parti komponen," Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dipetik berkata selepas perjumpaan tertutup dengan kepimpinan PAS Pulau Pinang di Butterworth malam tadi.

Sebelum ini, Pemuda PAS negeri dan kawasan Permatang Pauh mendesak parti meletakkan calonnya dengan alasan akar umbi tidak berpuas hati dengan tindakan ADUN PKR Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusinya.

Mustafa meminta anggota parti itu tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan imej parti kerana keputusan telah dibuat sebelum ini iaitu mana-mana parti dalam gabungan pembangkang yang telah bertanding di sesebuah kawasan pada pilihanraya umum lalu berhak meletakkan calon mereka sekiranya berlaku kekosongan kerusi itu atas sebarang sebab.

"Bagaimanapun, kita boleh berbincang jika parti yang bertanding sebelum ini tidak bersedia untuk meletakkan calon mereka pada pilihanraya kecil," katanya.

Mustafa berkata, beliau akan memaklumkan perasaan dan suara akar umbi PAS Pulau Pinang yang mahukan parti itu bertanding kepada pimpinan tertinggi parti pada mesyuarat bulanan 10 Mei ini dan juga kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya telah mendengar dan memahami kehendak mereka dan saya juga telah memberi penjelasan mengenai alasan kita tidak bertanding di situ.

"Bagaimanapun, kedudukan kerusi pada pilihanraya umum akan datang boleh dibincangkan," katanya.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, timbalannya Mujahid Yusof Rawa dan Ketua Pemuda yang baru, Mohd Yusni Mat Piah.

Sumber : http://www.malaysiakini.com

Ulasan dari Permulaanbaru : Kepada ahli-ahli Pas, jangan cepat melatah. Kekalkan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat.

PERKAHWINAN hanya untuk melepaskan nafsu dan perkataan cerai dijadikan mainan dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan perceraian di kalangan suami isteri berusia muda.

“Mereka sebenarnya tidak memahami tujuan perkahwinan,” kata perunding motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

Katanya, ramai remaja dan pasangan muda mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan alasan tidak mahu bergelumang dosa, sedangkan ketika itu mereka tidak mempunyai ilmu perkahwinan. “Jahil terhadap ilmu berumahtangga itulah yang menjadi punca utama kepada perceraian di kalangan pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga,” kata beliau yang juga Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin).

Malah, katanya, tempoh percintaan yang lama bukan penentu perkahwinan yang dibina kekal hingga ke hujung nyawa.

Tengku Asmadi berkata, sikap berterus terang, termasuk menjelaskan sejarah cinta lama masing-masing sebelum bersatu dengan pasangan yang dinikahi menjadi faktor penting dalam mengukuhkan hubungan suami isteri.

“Dalam kehidupan sekarang, kita tidak nafikan sebelum berkahwin masing-masing bercinta dengan orang lain. Ada kes, ketika bersatu sebagai suami isteri barulah rahsia sebelum ini terbuka.

“Ada suami berasa tertipu apabila mendapati isteri yang disangka suci sudah tiada dara lagi pada malam pertama dan apabila suami tidak boleh menerima kenyataan, tercetuslah pergaduhan sehingga membawa kepada perceraian,” katanya.

Berselindung di sebalik perbuatan baik ketika di alam percintaan juga boleh menjadi punca perceraian di kalangan pasangan baru berkahwin.

“Ramai pasangan bercinta berlagak baik demi menarik perhatian si kekasih. Apabila berkahwin dan duduk serumah, perkara negatif yang sebelum ini tidak pernah ditunjukkan tiba-tiba kelihatan, menyebabkan timbul rasa jelik atau benci.

“Ketika ini perlu ada kesediaan menerima pasangan seadanya kerana sebelum berkahwin kita melihat nilai positif di dalam diri pasangan, jadi kenapa selepas berkahwin kita tidak boleh menerima keburukan pasangan. Hargai kekurangan yang ada dan pada masa sama berseronoklah dengan persamaan yang wujud,” katanya.

Tengku Asmadi berkata, ketika awal pernikahan, cara berkomunikasi memainkan peranan utama dalam menentukan kerukunan rumah tangga berkekalan.

“Perlu diingat, setiap orang tidak suka jika sentiasa dipersalahkan dalam apa jua perkara. Justeru, amat penting pasangan yang baru berkahwin bersama-sama mengubah kekurangan diri dan berjanji untuk menjadi yang terbaik. Berilah masa kepada pasangan untuk mencari titik pertemuan dan persefahaman.

“Bagaimanapun, ada pasangan yang tidak dapat menerima kekurangan ketara pada pasangan sehingga membawa kepada perceraian pada awal usia perkahwinan. Misalnya, suami yang selama ini dirasakan mampu membimbing ke arah kebaikan berubah sikap tidak seperti diharapkan atau ada suami yang langsung tidak memberi nafkah.

“Ketika itu, pasangan perlu bersikap rasional demi mengelakkan perceraian kerana kita tidak boleh berputus asa terhadap mahligai yang dibina kerana perceraian adalah perkara halal paling tidak disukai Allah,” katanya.

Selain itu, pasangan muda sering dikaitkan dengan darah muda atau tidak sabar sehinggakan perkataan cerai mudah dilafazkan tatkala berlaku perselisihan faham kecil.

“Pesan saya, perkataan pertama yang perlu dipadamkan terus daripada fikiran seorang suami ialah cerai kerana ia menandakan anda sememangnya ingin memberikan komitmen penuh untuk menjayakan sesebuah perkahwinan.

“Pasangan muda sekarang tidak nampak impak perceraian kerana mereka tidak memikirkan soal tanggungjawab, selain tidak mendalami ilmu pernikahan sehinggakan mereka berani mempermainkan perkataan cerai itu sendiri,” katanya

Tengku Asmadi berkata, modul kursus praperkahwinan yang ada untuk bakal pengantin diteliti semula dengan menekankan pelbagai elemen baru terutama yang membabitkan ilmu rumah tangga.

“Lebih elok jika tempoh kursus dilanjutkan supaya bakal suami dan isteri dapat belajar banyak perkara dan ilmu yang diajar benar-benar berkesan di hati,” katanya.

INFO: Punca perceraian pasangan muda.

  • Jahil ilmu rumah tangga

  • Gaya hidup moden yang banyak menjurus kepada masalah sosial

  • Belum bersedia menjadi suami isteri

  • Gagal memahami dan menghargai pasangan

  • Menyembunyikan sejarah silam

  • Masalah komunikasi

  • Kurang pemantauan daripada keluarga dan orang tua

  • Kurang masa berkualiti bersama-sama

  • Gagal memenuhi tuntutan batin pasangan.

Persoalannya sekarang ialah semenjak bila Pemuda PAS Permatang Pauh boleh pandai-pandai menentukan calon pilihan sendiri untuk Penanti? Adakah ianya mendapat restu dan kata lulus daripada peringkat tertinggi Presiden parti? Kenapa Pemuda bersikap begitu keras sekali, sehingga mengeluarkan arahan supaya jentera pilihanraya Pas dibekukan serta merta? Arahan siapa dan apakah motif di sebalik semuanya ini. Sekiranya Presiden Pas TG Hadi Awang tidak bersetuju, sudah tentu TG akan bersuara pada mana-mana sidang media. Sudah tentu juga inilah bola tanggung yang dinantikan media kerajaan BN.

DAP tak kata apa pun, Presiden Pas tak komen pun, Cuma Pemuda Pas PP sahaja yang beriya-iaya benar menentang keputusan Dr Mansor sebagai calon Penanti. Ramai yang tidak faham kenapa perkara ini berbangkit dan kenyataan Ketua Pemuda Pas Permatang Pauh menurut laporan Malaysia Kini, Mohd Hafiz Mohd Nordin akan mengadakan perbincangan dengan presiden parti berhubung hal itu dalam tempoh terdekat ini.

Untuk apakah ini semua? Apakah Ketua Pemuda Pas PP tidak sensitif langsung terhadap apa tersirat dalam tulisan Nik Abduh tentang kerja-kerja bodoh dalam PAS (1) dan (2). Ambillah iktibar dari kebimbangan itu supaya tidak berlaku sebarang perpecahan. Nak pergi bincang dengan presiden, pergilah bincang, nak suarakan pun suarakanlah hasrat hati kepada presiden dan kenapa nak digembar gemburkan soal perkara yang belum terjadi dan akan pergi, akan berbincang dan akan itu dan ini.

Suasana jernih kenapa nak dikeruhkan? Kecualilah kalau-kalau Mohd Hafiz Mohd Nordin mempunyai agenda tersembunyi khusus untuk menangguk di air keruh ciptaan sendiri terutama dalam suasana muktamar sekarang? Luka di tangan bolehlah kita nampak, suka di hati Hafiz siapalah yang tahu?

Sebaik-baiknya hentikan apa juga percakapan dan perbuatan yang mampu membenihkan bibit perpecahan dalam pakatan. Sebagai sayap pemuda Hafiz seharusnya bijak mengurus dan mentadbir kemarahan. Jangan dibiarkan berlarutan kelak akan menambah luka di hati naluri sendiri dan ramai lagi. Perkuatkan maufakat untuk menghadapi Umno BN yang akan dimasukkan ke dalam WAD ICU kerana kronik dan muflis modal untuk berkempen. Kenapa antara kita yang sukarela membantu menyediakan dana modal tanggung untuk mereka?

BERUBAHLAH KAMU
sebelum KAMU DIUBAH dan
BERUBAH untuk
KEMENANGAN RAKYAT
dalam PAKATAN.

Tahukah bagaimana Menteri Besar Wan Mokhtar Menteri Besar ditumbangkan di Terengganu? Wan Mokhtar seorang pemimpin yang disegani dan cukup teliti dalam percakapan dan perbuatan beliau namun beliau ditumpaskan angkara kerja-kerja bodoh (Nik Abduh 2009) yang dilakukan oleh orang-orang di sekelilingnya.

Apabila kerja - kerja bodoh mengambil tempat (Nik Abduh 2009) disekeliling Wan Mokhtar, kerajaan yang dibina lebih 25 tahun di Terengganu tumbang akibat kebodohan. Caranya cukup mudah dan memang bodoh. “Semuanya Beres Dato’, orang kita semuanya bersedia Dato’, Semuanya telah kita selesaikan. Dato’ jangan bimbanglah” Itu sahaja skrip bodoh yang telah menewaskan Wan Mokhtar di Terengganu dulu.

Wan Mokhtar disalurkan dengan pelbagai maklumat yang tidak tepat daripada mereka disekelilingnya yang menyebabkan Wan Mokhtar bertindak berdasarkan maklumat yang tidak tepat. Tindakan yang salah dilakukan Wan Mokhtar yang sangkanya tepat telah merosak dan melumpuhkan BN Terengganu. Ingatan dan lontaran suara kebimbangan Nik Abduh adalah lontaran suara anak muda di dalam Pas yang tidak mahu kebodohan berterusan bertali arus dan merosakkan jamaah dan ummah. Adalah lebih baik disuarakan sekarang sebelum kebodohan kekal bertapak dan menjahanamkan segala kebaikan yang dibina selama ini. Sikap iri dan tikam menikan ini tidak sepatutnya ada di dalam Pas krana ia adalah santapan Umno dan BN yang merupakan contoh buruk terbaik yang perlu disempadani.

Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.

"Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarata tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat," katanya dalam surat yang dihantar kepada ADUN Perak.

ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dari DAP, mengesahkan telah menerima surat tersebut jam 2 petang ini. Ia dihantar melalui khidmat hantaran laju.

Sehubungan itu, Abdullah meminta ADUN-ADUN mngemukakan cadangan nama Speaker yang baru.

Borang pencalonan Speaker baru itu turut dikepilkan bersama surat tersebut.

Menurut Abdullah, borang pencalonan itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran (DUN) selewat-lewatnya esok, 30 April.

Sementara itu, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ia adalah insiden pertama dalam sejarah Malaysia untuk melucutkan seorang Speaker

Beliau yang juga ADUN Sungai Remis dan ahli Parlimen Taiping merasa terkejut dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang luar biasa.

Sehubungan itu, Nga mengecam BN kerana menggunakan Abdullah yang telah dipecat oleh Speaker sebelum ini, utnuk mengeluarkan surat tersebut.

Katanya, semua itu menunjukkan bahawa BN telah bertindak sewenang-sewenangnya.

V SivakumarKatanya, menurut peraturan tetap DUN Perak, Speaker (Sivakumar) mempunyak hak untuk menerima atau menolak sebarang usul, termasuk usul untuk memecatnya.

Nga menyamakannya dengan tindakan Speaker DUN Melaka menolak usul tidak percaya yang dibentangkan oleh wakil DAP terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam minggu lalu.

Beliau mendakwa tindakan Zambry itu menghina mahkamah, kerana prosiding kes sama ada beliau merupakan menteri besar Perak yang sah. masih belum selesai.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/

Search This Blog

Loading...

Followers

Permulaanbaru Video's

Isu Kerajaan Perpaduan Selesai.. Allahhuakbar! Lawak King Mahathir Vs Najib Yb Saifuddin At Kuala Ibai AF Tetap Haram